Kalimat ma’ diterjemah kepada air di dalam Bacaan. Ia berjumlah 53 dan didapati di dalam 50 ayat al-Qur’an. Juga, diturunkan di hujung halaman ini ayat-ayat yang mengandungi kalimat furat yang bererti enak, iaitu air yang enak diminum berbanding yang masin di laut.

Di halaman kedua di senaraikan ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan berhubung dengan air seperti hujan, mata air, air yang mendidih dan sebagainya.

Ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi “air” adalah:

2:22. Yang membuatkan bagi kamu bumi sebagai sofa, dan langit, bangunan, dan menurunkan dari langit, air; dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah mengadakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya.

2:74. Kemudian hati kamu menjadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang memahami.

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah adalah Pemaaf, Pengampun.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkanlah diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu menyentuh perempuan, dan kamu mendapati tiada air, maka bertayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu, dan tangan kamu dengannya. Allah tidak menghendaki untuk membuat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia menghendaki untuk membersihkan kamu, dan supaya Dia menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

6:99. Dia yang menurunkan dari langit, air; dan dengannya Kami mengeluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami mengeluarkan daun-daun hijau, dan mengeluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

7:50. Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, “Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!” Mereka berkata, “Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya,

7:57. Dia yang mengutuskan angin, yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya menurunkan air, dan mengeluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami mengeluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.

8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan menurunkan kepada kamu air dari langit untuk membersihkan kamu dengannya, dan untuk menghilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk menguatkan hati kamu, dan untuk memperteguhkan kaki kamu dengannya.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami menurunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya menyangka bahawa mereka telah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, “Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu”, orang-orang yang tidak percaya berkata, “Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.”

11:43. Berkata, “Aku akan mencari perlindungan di gunung, yang akan menjagaku daripada air.” Berkata, “Pada hari ini, tidak ada pelindung daripada perintah Allah, selain daripada orang yang Dia mengasihani.” Dan gelombang-gelombang tiba di antara keduanya, dan dia adalah antara orang-orang yang ditenggelamkan.

11:44. Dan dikatakan, “Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!” Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, “Nyahlah kaum yang zalim!”

13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi oleh air yang satu; dan Kami melebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak menyahuti mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Doa orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

13:17. Dia menurunkan dari langit air, dan wadi-wadi mengalir dengan masing-masing menurut ukurannya, dan arus membawa buih yang menggelembung; dan daripada apa yang padanya mereka menyalakan api, demi menginginkan perhiasan atau kesenangan, keluar dari itu buih yang serupa dengan itu. Demikianlah Allah membuat yang benar dan yang palsu. Maka buihnya hilang seperti barang buangan, dan apa yang bermanfaat kepada manusia menetap di bumi. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan-Nya.

14:16. Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah,

14:32. Allah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan dari langit, air; dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu. Dan Dia menundukkan untuk kamu kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya; dan Dia menundukkan sungai-sungai untuk kamu.

15:22. Kami mengutus angin untuk menyuburkan, dan Kami menurunkan dari langit air, kemudian Kami memberinya kepada kamu untuk minum, dan kamu bukanlah bendahari-bendaharinya.

16:10. Dia yang menurunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan daripadanya pokok-pokok, untuk kamu membiarkan ternakan kamu makan.

16:65. Dan Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.

18:29. Katakanlah, “Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang menghendaki, percaya; dan hendaklah sesiapa yang menghendaki, tidak percaya.” Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka meminta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka – betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!

18:41. Atau, pada waktu pagi airnya meresap supaya kamu tidak boleh mendapatinya.”

18:45. Dan buatlah bagi mereka persamaan kehidupan dunia: ia seperti air yang Kami menurunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya; dan pada waktu pagi, ia menjadi jerami yang angin menerbangkan; dan Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.

20:53. Dia yang membuatkan bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan, dan menurunkan air dari langit, dan dengannya Kami mengeluarkan bermacam-macam jenis tumbuhan.

21:30. Tidakkah orang-orang yang tidak percaya melihat bahawa langit dan bumi adalah satu massa yang berpadu, kemudian Kami memisahkan mereka; dan daripada air, Kami menjadikan segala sesuatu yang hidup? Tidakkah mereka mempercayai?

22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu melihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air kepadanya, ia bergetar dan menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

22:63. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menurunkan dari langit air, dan pada waktu pagi, bumi menjadi hijau? Sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

23:18. Dan Kami menurunkan dari langit air, menurut ukuran, dan Kami menempatkan ia di dalam bumi; dan Kami berkuasa untuk menghilangkannya.

24:39. Dan orang-orang yang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia mendapatinya tiada sama sekali; dan dia mendapati Allah di sisinya, dan Dia membayar perhitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat membuat perhitungan.

24:45. Allah mencipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat; Allah mencipta apa sahaja yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

25:48. Dan Dia yang mengutus angin yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih,

25:54. Dan Dia yang menciptakan daripada air, makhluk, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.

27:60. Atau, siapakah yang mencipta langit dan bumi, dan menurunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami menumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat menumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang menyetarakan-Nya.

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia mendapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia mendapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, “Apakah urusan kamu berdua?” Mereka berkata, “Kami tidak dapat memberi minum sehingga penggembala-penggembala menghalau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya.”

29:63. Jika kamu menanyakan mereka, “Siapakah yang menurunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati?” mereka akan berkata, “Allah.” Katakanlah, “Segala puji bagi Allah.” Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan dari langit air, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

31:10. Dia mencipta langit tanpa tiang yang kamu boleh melihat, dan Dia melemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami menurunkan dari langit air, dan menumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.

32:8. Kemudian Dia membuatkan keturunannya daripada pati air yang keji,

32:27. Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami menghalau air ke bumi yang tandus, dan mengeluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri memakan? Apa, tidakkah mereka melihat?

35:27. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menurunkan dari langit air, dan dengannya Kami mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat.

39:21. Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menurunkan dari langit air, dan menyelitkan ia sebagai mata-mata air di bumi, kemudian Dia mengeluarkan dengannya tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian Dia membuatnya jerami yang hancur? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mempunyai minda.

41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu melihat bumi tunduk; kemudian, apabila Kami menurunkan air kepadanya ia bergetar dan menggelembung. Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

43:11. Dan yang menurunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami menghidupkan dengannya tanah (negeri) yang telah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang yang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak – suatu keseronokan bagi peminum-peminum – dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan keampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

50:9. Dan Kami menurunkan dari langit air yang diberkati, dan menumbuhkan dengannya kebun-kebun (jannah), dan tanaman biji-bijian tuaian,

54:11. Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah,

54:12. Dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.

54:28. Dan beritahu mereka bahawa air hendaklah dibahagikan antara mereka, masing-masing minum mengikut giliran.”

56:31. Dan air-air yang tercurah,

56:68. Adakah kamu memikirkan air yang kamu minum?

67:30. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu meresap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang mendatangkan kepada kamu air yang mengalir?”

69:11. Sesungguhnya, apabila air naik, Kami bawa kamu di dalam kapal yang berlayar,

72:16. Sekiranya mereka tegak di atas jalan (tarekat), tentu Kami memberi mereka minum daripada air yang melimpah,

77:20. Tidakkah Kami mencipta kamu daripada air yang keji,

77:27. Tidakkah Kami membuatkan padanya gunung-gunung yang tinggi? Memberi kamu minum dengan air yang sangat enak?

78:14. Dan menurunkan dari awan air yang mencurah,

79:31. Daripadanya mengeluarkan airnya dan padang rumputnya,

80:25. Kami mencurahkan air (hujan) dengan mencurah-curah,

86:6. Dia dicipta daripada air yang terpancar,

furat:

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat furat (enak) berjumlah tiga kesemuanya, seperti berikut:

25:53. Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih dan enak, rasanya menggembirakan, dan yang ini masin dan pahit, dan Dia meletakkan di antara mereka satu barzakh (tembok), dan satu larangan yang terlarang.

35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan mengeluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu melihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

77:27. Tidakkah Kami membuatkan padanya gunung-gunung yang tinggi? Memberi kamu minum dengan air yang sangat enak?