Memasukkan malam ke dalam siang, Mengeluarkan yang hidup dari yang mati.

Bagi kawasan yang berada di atas daripada garisan
khatulistiwa dan tropika, kawasan tersebut mengalami beberapa perubahan
musim. Antara Jun hingga Ogos, kawasan utara mengalami musim panas
manakala kawasan selatan seperti Australia mengalami musim sejuk.

Perubahan musim berlaku di kawasan tersebut
kerana Bumi menerima kadar pencahayaan daripada matahari dengan kadar
yang berbeza. Berbeza dengan kawasan khatulistiwa dan tropika yang
menerima cahaya matahari yang sekata setiap tahun. Dua kawasan ini hanya
mengalami perubahan musim kerana faktor jumlah hujan tahunan yang lebih
dikenali sebagai monson.

Pada musim panas, kadar penerimaan cahaya
matahari lebih banyak kerana pada ketika ini kawasan bumi tersebut lebih
dekat dengan matahari. Oleh itu siang menjadi lebih panjang sehingga
menjangkau 16 – 17 jam.

“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan
memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi
hati” (al-Hadid, 57: 6)

Jika ayat tersebut difahami secara literal,
maka kita tidak dapat memahaminya kerana perkara yang disentuh ialah
berkenaan dengan masa. Andainya suatu ayat menyatakan tentang memasukkan
tangan ke dalam baju, kita mudah memhaminya.

Namun ayat di atas memang jelas menerangkan
tentang fenomena perjalanan musim yang terbentuk di dunia ini. Dalam
keadaan normal, kadar masa siang dan malam adalah setara atau lebih
kurang sama panjang. Tetapi pada musim panas, malam lebih singkat dan
sebahagian waktu pada malam (antara pukul 7 – 9 malam) telah berada atau
dimasukkan ke dalam waktu siang.

“Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar
bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar
pada garis edarnya.” (Ya-sin, 36: 40 )

Dalam ayat sebelumnya iaitu ayat 38 dan 39,
Allah menjelaskan tentang peredaran matahari dan bulan.
Selanjutnya Allah menjelaskan lagi dalam ayat 40 seperti di atas kaitan
antara kedua-dua peredaran matahari dan bulan tersebut dengan fenomena
siang dan malam.

Dalam ayat lain yang biasa kita baca dan
menjadi hafalan bagi pelajar di sekolah turut menyentuh tentang kejadian
siang dan malam serta perihal hidup dan mati.

“Engkau Masukkan malam ke dalam siang dan
Engkau Masukkan siang ke dalam malam. Dan Engkau Keluarkan yang hidup
dari yang mati dan Engkau Keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan
Engkau berikan rezeki kepada siapa yang Engkai kehendaki tanpa
perhitungan.” (Aali-Imran, 3: 27)

Contoh kepada ayat yang menyentuh tentang
memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam
telah jelas dengan contoh fenomena kejadian musim yang berlaku di
kawasan utara dan selatan bumi.

kubur

Bagaimana pula dengan ayat berkenaan
mengeluarkan yang hidup dari yang mati? Dalam terjemahan yang saya
gunakan ini, ada diberikan nota kaki yang tertulis seperti berikut;

“Sebahagian mufasir memberi misal (contoh)
untuk ayat ini dengan mengeluarkan anak ayam dari telur, dan telur dari
ayam”

Nota kaki tersebut menyatakan tentang suatu
contoh yang selalu kita dengar terutamanya di kalangan percakapan
kanak-kanak. Adakah anda sudah jelas dengan ayat tersebut?

Kita perlu memahami maksud ayat tersebut secara
umum dan tidak membataskan kepada suatu contoh tertentu sahaja. Namun
al-Quran ada juga memberi contoh sebagai penjelasan kepada ayat di atas.

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari
langit, lalu Kami Tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan,
maka Kami Keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau,
Kami Keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan
dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang mengjulai, dan
kebun-kebun anggur, dan (Kami Keluarkan pula) zaitun dan delima yang
serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya
berbuah, dan (perhatikanlah pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang
beriman.” (al-An’am, 6: 99)

Allah telah menyatakan bahawa Dia yang
menciptakan siang dan malam melalui beberapa ayat dalam al-Quran seperti
dalam surah Ibrahim, 14: 33, surah ar-Ruum, 30: 23 dan surah Ya-sin,
36: 37. Ayat 27 daripada surah Aali-Imran menyentuh tentang kejadian
penggantian siang dan malam melalui fenomena kejadian musim. Ini
menunjukkan bahawa Allah berkuasa mengatur alam ini mengikut
kehendakNya.

Manusia diertikan hidup secara jasadiah di
dunia ini kerana dikurniakan nyawa setelah beberapa minggu dalam
kandungan. Namun pengertian yang lebih mendalam ialah kehidupan ini ada
kaitan dengan ruh yang hanya diketahui sedikit sahaja oleh kita dan
menjadi salah satu rahsia Yang Maha Pencipta.

Manakala ayat selanjutnya daripada ayat 27
tersebut menyentuh tentang kejadian hidup dan mati. Sekiranya Allah
berkuasa mengatur alam ini dengan mudah, menumbuhkan hidupan di bumi
yang kering setelah diberikan hujan, maka adalah mudah juga bagiNya
menghidupkan manusia yang telah mati.

Ayat ini sedikit sebanyak ada menyentuh tentang
kebangkitan manusia setelah mati di dunia ini.

“Dan apakah mereka tidak memerhatikan
bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak
berasa payah kerana menciptakannya, berkuasa menghidupkan yang mati? Ya
(bahkan) sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Ahqaf,
46: 33 )

Apabila membandingkan kejadian alam ini dengan
apa yang di firmankan oleh Allah dalam kitabNya, kita tidak boleh
menyangkal lagi akan ketepatan fakta dan kebenaran kalamNya yang
dinyatakan dalam al-Quran. Kita dikurnikan pancaindera yang hebat; mata
untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Apabila
kita melihat kejadian alam, mendengar peringatanNya, adakah kita menjadi
orang yang berfikir?

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut
membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari
langit berupa air, laludengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati
(kering) –nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala macam jenis haiwan,
dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi;
Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesan dan kebesaran Allah) bagi kaum
yang memikirkan.” (al-Baqarah, 2: 164)

About these ads

One thought on “Memasukkan malam ke dalam siang, Mengeluarkan yang hidup dari yang mati.

  1. mahasuciAllah dari segala kekurangan.
    sesungguhnya ilmuku terlalu sedikit…aku ingin menyingkap rahsia kebesaranMu melalui penemuan2 oleh makhluk ciptaanMu(manusia) sejajar dgn apa yg Engkau wahyukan dalam AlQuran kitabMu…
    Namun dalam kesempatan umur yg ada..sebanyak manakah kefahaman yg akan aku perolehi?
    ya Allah…sesungguhnya berilah aku cahaya petunjuk agar dapat kuterangi kegelapan jalan kehidupan yang ada dihadapanku..iaitu kehidupanku di dunia(sementara masih di sini) dan kehidupan sesudahnya(alam akhirat kelak)…itupun dengan keizinanMu…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s